Adakah wujud unsur diatur dalam keputusan mahkamah?

22 05 2009

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Dengan mengemukakan maklumat yang diterimanya sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah wujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Mahkamah rayuan petang ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Menurut Husam, posting beliau dalam blognya tiga hari lalu telah ‘meramalkan’ Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

“Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini?

“Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini,” katanya.

Kepada Husam, keputusan mahkamah rayuan hari ini memberi kesan besar.

“Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agong atau Sultan boleh melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar yang baru tanpa Perdana Menteri atau Menteri Besar berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

“Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini?

“Khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik Perdana Menteri yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?”

Ahli Exco Kerajaan Kelantan itu seterusnya menyatakan,tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka dilihat wajar.

“Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan”.

Husam seterusnya “meramalkan” Majlis BN akan bersidang dan kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

Memang itu yang dihasratkan oleh Pakatan Rakyat (PR), katanya, “tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak”.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: