Tiada pemisah antara profesional-ulama

25 05 2009

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) – Tiada pemisahan di antara golongan ulama dan profesional di dalam PAS. Demikian tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika perasmian penutup Sambutan Jubli Perak Ulama’ di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak semalam.

“Semua pihak harus berusaha untuk memastikan usaha ke arah menggembelengkan tenaga ulama’ dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ALlah kepada kita,” katanya.

Baliau yang juga ahli parlimen Marang mengingatkan para peserta yang hadir agar mengelakkan hubungan antara kedua-dua golongan ini agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan.

“Jika hubungan ini renggang, ianya akan dikacau oleh pihak tertentu sepertimana pihak media yang sering cuba untuk memperdayakan kita dengan maklumat yang salah,” ujarnya.

Ustaz Hadi juga mengharapkan agar para perwakilan yang mengundi pada pemilihan nanti dapat

Sementara itu, program sehari anjuran Dewan Ulama PAS Pusat itu turut menggariskan beberapa resolusi.

Antaranya ialah berusaha untuk memperkukuhkan kepimpinan ulama serta memastikan kesinambungannya terpelihara.

Di samping itu, turut digariskan juga adalah kepimpinan secara jamaie juga merangkumi kepelbagaian tokoh dan bidang bagi menerajui parti selain memperteguhkan prinsip syura dalam membuat keputusan.

Dalam majlis yang sama, empat orang dianugerahkan sebagai tokoh sempena sambutan jubli perak dewan ulama PAS.

Mereka terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, DAto’ Mustafa Ali; bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hasan Shukri dan kolumnis Harakah, Subky Latif.

Kira-kira empat kertas kerja dibentangkan dalam seminar sehari yang dihadiri kepimpinan di peringkat tertinggi sehingga ke kawasan.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: