Umno turut adakan ceramah di Penanti

27 05 2009

PENANTI, 27 Mei (Hrkh) – Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu ‘teliur’ (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi.

Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke
beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu.

Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato’ Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh.

Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan.

Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisyam Sharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar
gelanggang.

Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih.

“Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti,” tegasnya.

Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan ‘celik komputer’ yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan ‘sakratul maut’ maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN.

“Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama,” jelasnya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: