Umno tiada respons, bincang kedudukan Islam – Ustaz Nasharuddin

2 06 2009

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) – Pendirian PAS tidak pernah menjadikan fahaman politik sebagai penghalang untuk membangunkan umat Islam.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Umno sendiri yang banyak membuat hal sehingga kedudukan Islam tercabar.

Contohnya kata beliau, dalam isu hadhanah yakni hak penjagaan anak, Umno menjadi penyebabnya sehingga menimbul kemarahan umat Islam negara ini.

“Mereka yang mencabar Islam bukannya kita, jadi apa masalah mereka, kerana kita dari dulu lagi sentiasa bersikap terbuka mengenai agama Islam,” katanya semasa dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta semua pihak, terutama parti politik tidak menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai penghalang kepada usaha membangunkan umat Islam.

Sementara itu kata Nasharuddin, PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Umno untuk tegakkan Islam namun malangnya setakat ini Umno tidak memberi respons jika diajak berbincang mengenai kedudukan Islam.

Tegasnya, sebagai parti pemerintah Umno sepatutnya bertanggungjawab terhadap pembangunan Islam bukannya membiarkan umat Islam berpecah.

“Sebagai parti pemerintah Umno perlu bertanggungjawab ke atas umat Islam negara ini tanpa mengira fahaman parti politik,” tegasnya.

Bagaimanapun katanya jika benar Umno telah sedar untuk membangunkan Islam dan perkuatkan persaudaraan Islam, ia satu perkembangan yang baru. – azm


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: