Kad pengenalan pengundi, cara terdesak BN

12 07 2009

[disunting dari web PRK N41 Manek Urai]

MANJOR, 12 Julai – Dalam kekalutan kurang dua hari lagi hari pengundian di Manek Urai, Umno-BN dilihat semakin terdesak. Secara terbuka mereka membeli kad pengenalan penduduk yang bakal turun mengundi dengan harga yang tinggi.

“Di Sungai Sok, Sungai Perial dan di tempat-tempat lain yang kita dapat maklumat, Umno-BN sanggup menaiki rumah-rumah penduduk, membeli kad pengenalan mereka dengan harga RM1000 setiap satu,” jelas ADUN Kelaboran merangkap Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim.

Beliau berpesan kepada pengundi Manek Urai supaya berhati-hati dengan pujuk rayu serta tipu helah Umno-BN yang cuba membeli kad pengenalan bagi menghalang pengundi membuang undi pada 14 Julai nanti.

Beliau turut berkata, “Enam orang wakil rakyat Umno dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak memberi pandangan, langsung tidak cuba untuk membawa dan menyuarakan masalah-masalah rakyat di tempat mereka. Umno-BN tidak layak untuk menang satu DUN lagi di Manek Urai kerana sekiranya menang ia juga sama dengan yang enam orang tadi, tidak memberi faedah kepada rakyat. Sekadar bergelar wakil rakyat sahaja”.

Beliau yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Kelantan menyatakan, rakyat Kelantan tidak perlu lagi mengharapkan Umno-BN, kerana sewaktu tahun 2004 dulu, PAS telah pun memberi peluang kepada Umno-BN mewakili penduduk Manek Urai di DUN tetapi tiada apa yang mereka telah sumbangkan untuk rakyat.

“Selama 20 tahun kita (PAS) memerintah, tidak kurang 100 perubahan yang telah kita laksanakan, berdasarkan Quran dan Sunnah. Sebagai contoh kita telah perkenalkan sistem gadaian Islam iaitu Ar-Rahn dan lain-lain lagi,” ujar beliau lagi.

Beliau turut meminta supaya ibu bapa seluruh Manek Urai menghubungi anak-anak mereka yang berkerja di luar negeri untuk balik mengundi pada 14 Julai nanti, pertahankan PAS di Manek Urai ini.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: