Kelab penyokong Pas turut berkempen

12 07 2009

MANJOR, 12 Julai – Walaupun Manek Urai hanya 28 peratus pengundi daripada kaum India, Kelab Penyokong Pas kaum India turut tidak ketinggalan sama membantu dalam siri kempen kali ini.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N. Balasubramaniam berkata, semua ahli Kelab memberi kepercayaan kepada calon Pas, Fauzi Abdullah untuk mewakili rakyat Manek Urai.

“Kami (kelab) sanggup turun berkempen untuk memenangkan Islam dan calon Pas, terutamanya kempen yang masuk fasa kritikal ini” ujar Bala ketika .

Menurutnya, walaupun kaum India bukanlah majoriti penduduk di manek Urai ini, namun kepercayaan tinggi kepada pucuk pemimpin negeri yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu sekaligus melahirkan rasa tanggungjawab kelab untuk turun membantu.

“Kami teramat hormat kepada Tok Guru Nik Aziz, kerana beliau adalah yang terbaik, bijak dan ikhlas dalam memerintah Negeri Kelantan. Negeri Kelantan adalah Negeri yang paling Islam dalam Malaysia,

Terdahulu, Kelab Penyokong Pas kaum India dan Cina bersama menggembleng tenaga petugas parti dalam kempen pilihanraya Kuala Terengganu dan Bukit Gantang yang diwakili calon Pas.

“Dalam Kelab Penyokong PAS di Malaysia sekarang kita mempunyai 40,000 orang ahli, ini kerana orang India telah percaya bahawa hanya PAS boleh membawa kebaikan dan kebajikan kepada kaum India dan seluruh rakyat di Malaysia,” ujarnya dalam majlis ceramah tersebut.

Maka tidak hairanlah katanya, kaum India yang menyokong Umno-BN telah beralih menyokong Pakatan Rakyat kerana kaum India (MIC) yang berada dalam Umno-BN sekarang lama-kelamaan akan dipinggirkan oleh Umno-BN sendiri.

“Saya faham seorang yang beragama Islam ini boleh memberi serta membawa kebaikan kepada orang lain seperti orang PAS,” ujar beliau dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh PAS selama ini benar.

Tambah beliau lagi, “orang India tahu apakah perkara yang halal dan apakah perkara yang haram. Tetapi Umno-BN yang nyata Islam tetap melakukan kesalahan yang haram,” merujuk soal rasuah dalam Umno.

Menyentuh soal debat antara Najib dan Tok Guru, beliau turut menyatakan bahawa Umno-BN sebenarnya tidak layak berdebat dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan oleh kerana itulah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menolak pelawaan Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu.

Sebelum itu, beliau menasihati supaya penduduk di Manek Urai perlu menyokong PAS dan mempertahankan Islam di Kelantan ini.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: