Kematangan rakyat di negeri maju tolak BN

12 07 2009

[disunting dari web PRK N41 Manek Urai]

SUNGAI PERIAL, 12 Julai – Pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 lalu, Barisan Nasional mengalami kejutan diatas kekalahan mereka di 5 buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat.

Lima buah negeri menyaksikan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat, manakala Kelantan masih mengekalkan tampuk pemerintahannya dibawah pimpinan PAS walaupun BN cuba berusaha merampasnya.

Selepas pilihanraya umum ke 13 itu, bermulalah siri-siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti dengan Pakatan Rakyat memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Kedah, Nasir Mustaffa menyatakan kemenangan demi kemenangan yang dikecapi oleh Pakatan Rakyat adalah disebabkan ilmu atau kematangan rakyat terhadap pilihan raya semakin meningkat.

“Sepanjang pilihan raya kecil yang telah berlangsung, rakyat di negara ini telah  faham bahawa pilihan raya merupakan satu ruang yang penting dalam menentukan masa depan negara”, katanya dalam ceramahnya malam tadi di UPU Sg Perial.

Adun Kubang Rotan itu turut mengharapkan rakyat di Manek Urai membuka mata seluas-luasnya bahawa di empat buah negeri yang kalah di tangan BN merupakan negeri yang maju boleh membuat perubahan dengan memilih pakatan rakyat, mengapa rakyat di MU tidak boleh melakukannya?


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: