Himpunan siasat kematian Teo, empat ditangkap

17 07 2009

SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) – Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen antara yang ditangkap dalam satu perhimpunan di Plaza Masalam pada pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teo Beng Hock, 30.

Sementara itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam; pembantu khas Xavier dan pembantu ahli parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.

Jurugambar dan wartawan dihalau

Menurut Wartawan Kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke Dataran Shah Alam.

Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk ‘water cannon’ tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai.

Ketua Polis Negeri Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas.

Dalam insiden semalam, Teo dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di mana dia disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. – mks. _


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: