Sumbangan Golongan Fakir oleh PAS Kawasan Bayan Baru

13 09 2009

Bayan Baru, 13 September – Sebuah program Sumbangan Golongan Fakir telah berjaya dijalankan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Bayan Baru bersama-sama dengan beberapa wakil dari PAS Kawasan Bayan Baru serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru.

Program yang disertai dalam anggaran 20 orang petugas PAS telah menyumbangkan zakat berupa bahan-bahan keperluan asas serta wang berjumlah RM100 bagi setiap penerima zakat.

Program bermula pada jam kira-kira 8:30 pagi dan habis sekitar 3 petang ini telah berjaya menyumbangkan zakat kepada penerima-penerima di kawasan berikut : Bayan Baru, Sungai Ara, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Binjai dan program berakhir di Permatang Damar Laut.

Pihak Dewan Pemuda difahamkan bahawa program ini adalah lanjutan daripada program yang sama dijalankan di kawasan Batu Uban dan Sungai Nibong semalam yang di mana sumbangan telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bayan Baru, YB Ustaz Dr Mujahid bin Yusof Rawa. Walaubagaimanapun, program pada hari ini telah digantikan dengan Cikgu Asnah Hashim, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bayan Baru yang juga merupakan calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas pada pilihanraya umum yang lepas.

Antara kata-kata menarik yang disampaikan oleh Cikgu Asnah ialah PAS ini juga merupakan sebuah parti yang tidaklah kaya pada dasarnya, tetapi berkat usaha ahli-ahlinya, ditambah dengan redha Allah s.w.t, pihak PAS Kawasan berjaya mengumpulkan sedikit sebanyak sumber wang yang akhirnya cukup untuk pihak PAS Kawasan memberi zakat kepada pihak yang memerlukan.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan Dewan Muslimat PAS Kawasan di dalam melaksanakan program, dan juga tidak lupa kepada semua petugas-petugas yang terlibat bagi menjayakan program ini.


Tindakan

Information

5 responses

17 09 2009
shidi

boleh tak bagi tau, kat sapa rashdan bg bantuan dlm gambar tu? dan dimana tempatnya?

26 09 2009
pemudabayanbaru

@shidi : Lupa bagi kat sapa, tp tang tu kat PASTI Sg Ara.

26 09 2009
pemudabayanbaru

@shidi : golongan fakir sg Ara, di PASTI Sg Ara

6 10 2009
shidi

din kasut ka cari?

17 01 2010
S/U DPPK Bayan Baru

Seingat ana Din Kasut salah seorang penerima sumbangan tersebut. Program muslimat, rasa depa kot cari

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: