Program Ibadah Korban Pemuda PAS Bayan Baru 1430H

15 12 2009

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya menjayakan program Ijtima’ Korban yang dianjurkan oleh DPPK Bayan Baru bersama PAS Cawangan Bayan Baru juga dibantu oleh JKKK, pihak surau, Parti Keadilan Rakyat dan penduduk setempat. Program ini diadakan pada 27 November 09 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H di kawasan setinggan Bayan Baru.

Perancangan awal yang dimasukkan dalam takwim tahunan pemuda diiringi tindakan segera oleh PAS Cawangan Bayan Baru setelah mendapat berita yang pemuda akan menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan di kawasan setinggan telah banyak melicinkan persediaan program Ijtima’ Korban ini.

Beberapa mesyuarat bersama-sama JKKK, wakil surau, dan wakil pemuda setempat yang diketuai oleh A. Non diadakan sebelum program ini. Persediaan program bermula sejak malam Rabu, 25 November 09 dengan pemasangan khemah dan lampu. Pada 26 November 09, seekor lembu yang dibeli oleh Pakatan Rakyat di sini telah disembelih. Malam hari tersebut, satu majlis tahlil diadakan. Petugas-petugas yang datang bertugas malam itu dapat menjamu sup tulang. Kesian Ketua Pemuda datang lambat sikit tulang dah habis, tinggal sup sahaja… Ha ha ha…

Pada hari program selepas solat raya, 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh DPPK Bayan Baru dan Rumah Anak Yatim telah dikorbankan. Aktiviti-aktiviti lapah, pembahagian daging dan memasak giat dijalankan sehingga tengah hari. YB Malik yang dijemput hadir pada tengah hari tersebut. Petugas makan sebelum solat Jumaat.

Selepas Solat Jumaat, apabila jamuan bermula antara yang awal hadir ialah Datuk Zaharin, ahli Parlimen Bayan Baru. Jamuan dihadiri oleh pelbagai lapisan umur yang terdiri daripada penduduk setempat tidak kira latar belakang politik. Tetamu tidak putus-putus sehingga jam 6 petang hari tersebut.

Pada waktu malam selepas solat Isya’ diadakan ceramah korban yang disampaikan oleh Ustaz Taufiqurrahman. Program bermula agak lewat sedikit kerana kurang sambutan pada awalnya kerana jam 9 malam tersebut rancangan Nur Kasih episod akhir menjadi saingan program. Ceramah yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda bermula dengan ucapan wakil JKKK sebelum ceramah bermula.

Program berjalan dengan lancar kerana penglibatan serius oleh semua pihak terutama golongan muda di kawasan tersebut. Mereka sebenarnya dari belia 4B kawasan tersebut memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan program ini sehinggakan nasi-nasi dan daging-daging yang lebih dibungkus oleh mereka dan diedarkan kepada penduduk kawasan tersebut. InsyaAllah, pihak DPPK Bayan Baru akan berusaha untuk terus mendekati mereka ini dalam melaksanakan misi dakwah.

Kepada pihak yang banyak membantu menjayakan program ini terima kasih diucapkan. Semoga jasa anda diredhai dan dibalas oleh Allah SWT.

Disediakan oleh,
S/u DPPK Bayan Baru


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: