Laporan Pertandingan Mengeja

14 02 2010
LAPORAN PROGRAM MARI MENGEJA SEMPERNA MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 15 PAS KAWASAN BAYAN BARU

Program “Mari Mengeja” semperna majlis sambutan ulangtahun ke-15 PAS Cawangan Bandar Bayan Baru telah berlangsung pada 31 januari 2010. Program yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Bayan Baru ini bertujuan untuk menguji kecekapan mengeja sambil mendekatkan remaja dan kanak-kanak kepada PAS serta mengeratkan ukuwah diantara ahli pemuda dan penduduk sekitar cawangan Bandar Bayan Baru.

Program yang berbentuk pertandingan ini menjadikan para pelajar yang berumur dari 9 hingga 17 tahun sebagai golongan sasaran kerana golongan ini merupakan aset penting kepada negara dalam melahirkan pemimpin yang berkarisma kelak.

Program yang diterajui oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru ini dibantu oleh 6 ahli jawatan kuasa yang juga merupakan ahli pemuda Kawasan Bayan Baru. Program yang berlangsung selama 6 jam ini secara umumnya berjalan dengan lancar sebagaimana diakui oleh pengarah projeknya sendiri iaitu saudara Dzulfahmi bin Abu Bakar.

Seramai 38 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Bayan Baru telah mengambil bahagian. Pertandingan yang menguji para peserta mengeja dalam 2 bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan 2 jenis tulisan (Rumi dan Jawi) ini menjadi lebih menarik kerana dipengerusikan oleh saudara Mohd Ashraf Mohd Saleh dan Saudara Mohd Farhan Yusri yang petah berbicara melayani telatah para peserta yang cilik dan mencuit hati. Ini ditambah dengan system audio dan videonya yang menarik menceriakan lagi pertandingan di pagi ahad itu walaupun hiasan pentasnya agak sederhana.

Program yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah mendapat sambutan dan sokongan yang amat memberangsangkan daripada ibu bapa dan penduduk di sekitar surau Bayan Baru. Selepas selesai peringkat pertama pada jam 12.30 tengah hari, pertandingan ini diteruskan ke peringkat ke 2 dan akhir pada jam 2.30 ptg dan berakhir secara rasminya pada jam 4.30 petang dangan majlis penyampaian hadiah.

Pertandingan yang diadili oleh seorang juri jemputan iaitu saudari Ainur yang merupakan lulusan TESL dari University of Wellington New Zealand. Walaubagaimanapun, pemilihan juri ini adalah di saat-saat akhir kerana berlaku kesilapan teknikal kepada juri yang telah dilantik. Namun kelemahan ini dapat diatasi dengan kehadiran Saudari Ainur yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah.

Setelah berhempas pulas memerah otak untuk mengeja, akhirnya juara pertandingan mengeja katogori pertama disandang oleh adik Tengku Noriman Nadia bt Tengku Mohd Nasir dari Sekolah Kebangsaan Bayan baru, manakala bagi kategori ke-2 pula dirangkul oleh adik Aiffa Hayani bt Azhar dari Sekolah Kebangsaan Bayan Baru juga.

Hadiah yang berupa hamper bernilai RM300 untuk 6 pemenang di sumbangkan oleh HPA Marketing yang merupakan penaja utama majlis sambutan ulang tahun ke-15 PAS Cawangan Bandar Bayan Baru. Pihak penganjur berasa amat bersyukur kepada yang Maha ESA kerana program ini berjalan dengan lancar. Pihak penganjur juga merakamkan berjuta terima kasih kepada penaja hadiah, HPA marketing Sdn Bhd, Saudari Ainur sebagai juri jemputan, dan saudara Farhan sebagai pengerusi jemputan serta semua ahli jawatan kuasa pertandingan mengeja atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Secara keseluruhan, Pihak penganjur berpuas hati dengan perjalanan program dan berharap program berbentuk ilmiah seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Sekian Terima Kasih.

Di laporkan oleh:

Hidayat

(Mohamad Noor Hidayat Bin MD Serat)

Setiausaha,

Program Mari Mengeja

Anjuran DPPK Bayan Baru.


Tindakan

Information

One response

7 05 2010
fariz mat rahim

salam.tahniah. pada SU, MANTAP!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: