18 February, 2010 00:05

18 02 2010

KENYATAAN AKHBAR: DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAYAN BARU PULAU PINANG MENUNTUT PERLETAKAN JAWATAN OLEH DATUK SERI ZAHARIN MOHAMED HASHIM SEBAGAI AHLI PARLIMEN BAYAN BARU

Tindakan keluar parti oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ahli parlimen bebas pada 12 Februari 2010 merupakan satu tindakan yang menggemparkan dunia politik Malaysia khasnya di Pulau Pinang. Isu ini telah menambahkan lagi kekusutan dan kekalutan politik tanahair masakini lebih-lebih lagi di kalangan Pakatan Rakyat (PR) malah telah mengecewakan para pengundi dan masyarakat Bayan Baru.

Kemenangan Datuk Seri Zahrain di kerusi Parlimen Bayan Baru pada pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan majoriti 11,029 adalah merupakan hasil usaha serta gembeling tenaga seluruh jentera pilihanraya PR khasnya dari kalangan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Bayan Baru. Tindakan tidak bertanggungjawab beliau ini secara tidak langsung telah memperlekehkan segala pengorbanan ahli PAS di sini serta mengkhinati para pengundi di kawasan ini.

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Bayan Baru mendesak agar Datuk Seri Zahrain untuk melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Bayan Baru dengan kadar segera. Perletakan jawatan ini membolehkan satu pilihanraya semula diadakan bagi memberi peluang kepada penduduk Bayan Baru memilih ahli Parlimen yang baru.

Kami ingin menegaskan bahawa DPPK Bayan Baru tidak menghalang Datuk Seri Zahrain daripada keluar daripada PKR serta PR tetapi beliau mesti memenuhi tuntutuan dan desakan kami untuk meletak jawatan sebagai ahli parlimen. Kami juga mengalu-alukan Datuk Seri untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya pilihanraya kecil diadakan kelak. Ini memandangkan keputusan pilihanraya yang lalu adalah berdasarkan kepercayaan rakyat terhadap PR dan jentera pilihanraya kawasan yang telah memungkinkan kemenangan beliau.

Justeru, jika Datuk Seri Zahrain merasakan tindakan dan tuduhan beliau terhadap PR di Pulau Pinang khasnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Tuan Lim Guan Eng direstui penduduk Bayan Baru, maka beliau perlu membuktikannya dalam pilihanraya tersebut.

DPPK Bayan Baru memberikan tempoh 48 jam bagi Datuk Seri Zahrain melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen Bayan Baru. Jika gagal, pihak kami akan menganjurkan demonstrasi mendesak peletakan jawatan beliau berserta kutipan tandatangan pengundi Bayan Baru bagi dimuatkan di dalam memorandum bantahan kami.

Yang Benar,

……………………………………………..

(DZUL FAHMI ABU BAKAR)

KETUA PEMUDA,

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAYAN BARU,

PULAU PINANG

Tel: 019-4580175


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: