Perutusan Raya Ketua DPPK Bayan Baru

7 09 2010

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan 1 Syawal dengan seruan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan kerana telah berjaya menempuh Institusi Ramadhan, dengan penuh rasa kesabaran dan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Didalam kegembiraan kita menyambut kedatangan Syawal, marilah kita bersama-sama mengeratkan semangat ukhuwwah dikalangan kita. Sesungguhnya ukhuwah adalah syiar dakwah kita, lambang identiti kita. Penuhkan ukhuwah kita dengan salamatusSadri dan sangkaan baik semata-mata. Perjuangan kita masih panjang, dengan kekuatan ukhuwah inilah sedikit sebanyak membantu kita kekal dalam landasan dakwah. Pimpinan dan ahli DPPK Bayan Baru perlu proaktif terutama didalam cawangan, jalinkan hubungan yang baik, selalulah bertemu.

Perginya Ramadhan pada tahun ini, marilah kita berazam untuk menguatkan DDPK Bayan Baru. Ruang dan peluang masih banyak untuk kita menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat. Letakkanlah diri kita sebagai duta Islam yang berperanan menyampaikan Islam kepada masyarakat. Masyarakat perlu diajak kembali kepada Al-quran dan As-sunnah.

Tidak lupa ucapan tahniah kepada Azrul, Syidi dan Yusuf atas kelahiran cahaya mata. Semoga diberkati dan dirahmati Allah. Sesungguhnya Nabi Muhammad berbangga dengan umatnya yang ramai. Anak-anak merupakan penyeri rumahtangga. Menjadi tugas kita untuk memastikan anak-anak kita dapat menyambung perjuangan Islam yang kita juga pada masa yang sama menyambung perjuangan dari generasi terdahulu. Mainkan peranan sebagai ibu bapa yang cemerlang.

Walaupun Ramadan akan meninggalkan kita, marilah kita sama-sama pastikan semangatnya tidak hilang, sebaliknya akan terus bercahaya dan menyemarakkan semangat beribadah dan bermujahadah. Semoga Tarbiah Ramadhan dan kedatangan Aidul Fitri akan memberi pencetus kekuatan kepada DPPK Bayan baru dan Gerakan Islam PAS sebagai penunjuk kepada jalan kemenangan…

siiru a’la barakatillah,
Dzul Fahmi Abu Bakar
Ketua Pemuda PAS Bayan Baru
http://blackorb.wordpress.com/

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: